Sebelum saya meneruskan dengan bab yang seterusnya, saya ingin menyentuh tentang matlamat buku ini ditulis seperti yang dinyatakan oleh al-Marhum Ismai’il Raji al-Faruqi. Menurut beliau, buku ini adalah bukan satu kritik Islamik ke atas nilai atau etika Kristianiti, tetapi satu kritik yang ringkas dan benar. Maksudnya, al-Marhum tidaklah mengkritik etika Kristianiti itu dengan apa-apa tanggapan awal atau kedudukannya sebagai seorang Muslim. Kritiknya mudah, tidak ada prejudis dan menghakimi sesuatu berdasarkan sesuatu itu.
Menurut saya, kritiknya saintifik, rasional, bersih daripada tanggapan bersifat dogmatik, dangkal, kering, literalistik, berbaur emosi keagamaan seperti ceramah-ceramah yang diberikan paderi di gereja-gereja, dan manipulasi kaedah pemikiran ‘akrobatik’ dan ‘gimnastik’ seperti yang digunakan golongan Pharisees (golongan agamawan Yahudi pada zaman Nabi Isa a.s.) seperti ‘ijtihad’ mereka mengharamkan mengenakan riba’ ke atas kaum Yahudi tetapi ‘halal’, ‘mubah’, mustahab’, dan berdasarkan ‘Maslahah Mursalah’ untuk mengenakan riba’ ke atas kaum Ummiyyun, Goyim, Gentile atau kaum bukan Yahudi.
Oleh kerana itu, Nabi Isa a.s. sangat tidak suka sikap golongan Pharisees (bukan semua) yang berlakon menjadi baik, tetapi hati mereka seperti serigala, seperti cerita kartun serigala yang menyamar menjadi nenek kepada seorang budak untuk memakan budak itu.
Ketika itu, terdapat dua golongan utama agamawan yang cuba mendapat tempat di hati golongan awam. Keadaan ini menyebabkan berlakunya konflik dan perpecahan di kalangan mereka dan orang awam. Dua golongan agamawan itu adalah Pharisee dan Sadducee. Menurut W. F. Albright, “sejak c. 130 BC ke AD 10, kehidupan agama kaum Yahudi disifatkan sebagai konflik parti di mana golongan Pharisees lebih mendapat tempat daripada saudara mereka yang lebih berketurunan aristokratik.” (Golongan yang terkemudian itu merujuk kepada golongan Sadducee).
Golongan Pharisees adalah bersifat ultra-konservatif nasionalis, atau lebih tepat dikatakan golongan bersifat perkauman Yahudi, yang menghabiskan hidup mereka dengan ‘satu harapan, satu tujuan’ - iaitu untuk menghidupkan kembali tanah pemerintahan Yahudi dan kemewahan material seperti yang berlaku pada era kegemilangan Nabi Sulaiman a.s.
Pola pemikiran, world view, buah fikiran, ijtihad, konsepsi, ideologi, ragam fikiran, Weltanschauung mereka adalah bahawa Hukum Taurat adalah satu perlembagaan yang perlu difahami dan dilaksanakan secara absolut dan kepatuhan yang bersifat literal ataupun dangkal. Oleh kerana itu mereka tidak segan silu untuk menyalahgunakan hukum-hukum ini untuk kepentingan mereka sebagaimana mereka menghalalkan riba’ ke atas golongan bukan Yahudi kerana mereka beranggapan nilai etika Taurat itu tidaklah bersifat universal, tetapi hanyalah untuk mereka sahaja, untuk mereka kaum yang terpilih.
Oleh kerana konflik yang mencengkam ini, golongan awam berasa berputus asa, tetapi mereka masih mengharapkan kedatangan al-Masih, ataupun Penyelamat yang akan membawa mereka ke jalan yang benar dan menuntut kembali kegemilangan yang telah hilang. Mereka berasa putus asa dengan konflik ini dua golongan ini yang lebih mementingkan ‘bertih jagung’, mengambil ajaran-ajaran Taurat secara dangkal tanpa memahami ajaran-ajaran itu sebagai satu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Kefahaman moral sudah tidak dapat lagi menanggapi tujuan, dan sebarang nilai daripada hukum-hukum tersebut hanyalah atas dasar kepatuhan sahaja tanpa nilai ikhlas, cinta kepada Tuhan.
Kepatuhan kepada Hukum-Hukum, sama ada mematuhinya atau tidak hanya sekadar sebagai satu obsesi. Obsesi inilah yang menjadi penentu hukum; yang menyebabkan berlakunya kejatuhan fakulti-fakulti moral.
Nabi Isa a.s. apabila menghadapi kedua-dua golongan ini, tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi memarahi kedua-dua golongan ini. Nabi Isa berkata: ‘: “Woe unto you, scribes and Pharisees, hypocrites… (Matthew 23: 1-39). “Ye make clean the outside cup and of the platter, but within they are full of extortion and excess.” (23:25). “ye pay tithe of mint and anise and cumin, and have omitted the weighteir matters of the law, judgement, mercy and faith; these ought ye to have done, and not to leave the other undone ” (23:23). “Woe to you, teachers of the law and Pharisees, you hypocrites! You are like whitewashed sepulchers (kubur-kubur), which look beautiful on the outside but on the inside are full of dead men’s bones and everything unclean” . (23:27). Al-Marhum Isma’il Raji al-Faruqi berkata untuk menerangkan keadaan itu: “Not surprsingly, their ethic was external obedience, lacking in attention to nuances, to meanings, to final ends.”
Enam abad selepas itu, menurut Isma’il Raji al-Faruqi, Rasulullah tetap menghadapi keadaan yang sama daripada kaum Yahudi seperti yang tercatat di dalam al-Qur’an:
“Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.” (Al-Jumu’ah, 62:5).
‘those who have received the Scripture turn away from it when its substance is made the judge of their differences.’ (Ali ‘Imran, 3:23).
‘those unto whom the Scripture hath been given rather take misguidance than guidance’ (An-Nissa’, 4:44).
‘such as say with their mouths ‘We believe, but their hearts believe not…listeners to falsehood…pulling words out of their context and meaning…greedy for illicit gain… O People of the scripture! Stress not in your religion anything but truth and meaning [therein].’ (Al-Ma’idah, 41-42,77).
Apakah tujuan saya membawakan isu ini? Tidak lain untuk memberi peringatan kepada saya. Ini kerana Nabi Muhammad s.a.w. telah mengingatkan saya dan umat Islam dengan sabdanya:
Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri رضي الله عنه, ia berkata:Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: “Sungguh kamu sekalian akan mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga walaupun mereka memasuk ke dalam sarang biawak kamu sekalian pun akan mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Beliau menjawab: Lalu siapa lagi selain mereka.” (Hadith Riwayat Muslim).
Insya Allah, saya akan menyentuh beberapa tajuk buku ini lagi selepas ini.