Petikan dari bab terakhir buku ini:
1. Sebagai penjelasan dalam permasalahan ini, kami ingin menambahkan keterangan untuk lebih memperjelas, iaitu sebagai berikut:
Yang dinamakan bermadzhab adalah seorang awam atau orang yang belum mencapai tingkat melakukan ijtihad, yang taqlid kepada seorang mujtahid (imam madzhab), baik kepada seorang mujtahid beserta madzhabnya atau berpindah ke imam mujtahid yang lain.
Penafsiran terhadap dua kalimat di atas, merupakan penafsiran yang sesuai menurut lughah (bahasa) dan istilah, serta cukup difahami oleh masyarakat. Sama halnya dengan orang yang selalu mengikuti organisasi atau parti, baik mengikutinya secara tetap pada satu organisasi (parti) ke organisasi (parti) lain. Pengikut organisasi tadi disebut orang organisasi atau orang parti. Demikian pula halnya dengan orang yang tidak mengikuti organisasi atau parti apapun, ia disebut orang yang bebas organisasi atau bebas parti.
Hanya saja, Syeikh Nashr Al-Albani menyatakan bahawa kata-kata bermadzhab sebagaimana diuraikan di atas, tidak sesuai dengan apa yang difahami oleh setiap muslim sekarang ini.
Syeikh Nashr al-Albani berkata, “Dengan penafsiran di atas, bererti kami sendiri telah menghapus isi risalah yang kami tulis. Menurut pandangan kami, dengan definisi tersebut bererti semua manusia bermazhab. Jadi perbahasan kami dianggap sebagai prasangka yang tidak ada kenyataannya.” Demikianlah ucapan Syeikh Nashr Al-Albani.
Kalau memang demikian halnya pendapat Syeikh Nashr Al-Albani, kami sangat bergembira andaikata orang-orang yang menyatakan dirinya mengikut faham salaf dapat bermadzhab menurut pengertian sebenarnya, iaitu pengertian yang masih belum difahami (dimengerti) oleh beliau bahawa mereka tidak mungkin lepas dari taqlid kepada imam-imam mujtahidyang pendapat dan madzhabnya telah dikutip serta sampai kepada kita sekarang. Dengan demikian, kami tidak perlu menulis pembahasan ini.
Akan tetapi, sayang sekali apa yang telah dikemukakan oleh Syeikh Nashr Al-Albani tersebut tidak sesuai dengan kenyataan yang ada. Kenyataan menunjukkan bahawa mereka yang kami inginkan mendapat petunjuk yang benar, tidak mahu taqlid kepada sesiapapun dari para imam madzhab yang empat. Mereka harus langsung mengambil hukum dari Al-Qur’an Al-Karim dan As-Sunnah Rasullah SAW.
Kami telah melihat sendiri bahawa orang-orang awam dari mereka, yang boleh dikatakan buta huruf (tidak mengerti dan membaca bahasa arab) sama sekali, tidak mahu menerima fatwa-fatwa dari kempat imam madzhab sebelum kami mengungkapkan dalil-dalil yang dipegang oleh para imam serta hadith yang dijadikan pedoman fatwa Imam Hanafi, Maliki, Asy-Syafi‘i, dan Ahmad bin Hanbal Rahimahumullah.
Bahkan kami harus menjelaskan kekuatan dalil yang dijadikan pegangan serta sahih tidaknya dalil tersebut. Kami pun harus menjelaskan sanad hadith berikut para perawinya, seolah-olah mereka menguasai ilmu sanad dan rijalul hadith.
Setelah itu, barulah mereka menetukan sikap, iaitu membenarkan madzhab-madzhab para imam tersebut atau sebaliknya, yakni menanggap slah dan bahkan membodoh-bodohkan imam-imam madzhab Na‘udhubillaahi min dzalik.
Demikian pula halnya dengan Syeikh Khajandi (Muhammad Sulthan Al-Ma’shumi al-Khajandi Al-Makki) yang disebut-sebut oleh Syeikh Nashr Al-Albani sebagai seorang yang sangat alim dan ia bela risalahnya (Halil Muslimu Mulzamun Bittibaa’I Madzabin Mu’ayyanin Minal Madzaahibil Arba’ah). Syeik Khajandi dalam risalahnya berkata: “Untuk menghasilkan ijtihad, sebenarnya sangat mudah. Ia tidak memerlukan lebih dari kitab Al-Muwaththa’, Sahih Al-Bukhari dan Muslim, Sunan Abu Dawud, Jami’ At-Tirmidzi, dan An-Nasa‘i. Kitab-kitab tersebut sudah cukup dikenal lagi popular, dan dapat diperoleh dalam waktu singkat.”
Kemudia ia (Syeikh Khajandi) berkata lagi, “Apabila terdapat beberapa riwayat dari Rasullah SAW tentang suatu masalah, sedangkan engkau tdak mengetahui mana riwayat yang lebih dahulu dan mana yang kemudian, serta tarikh pun kurang jelas, kamu harus mengamalkan semuanya. Yakni pada satu saat mengamalkan yang satu dan pada saat yang lain mengamalkan riwayat lain.”
Demikianlah ucapan Syeikh Khajandi dalam risalahnya. Ucapan Syeikh Khajandi tersebut jelas tidak mencerminkan pengertian bermadzhab menurut penjelasan yang telah kami kemukakan. Dengan ucapan tersebut, dia telah menutup jalan bagi semua orang untuk mengikuti imam-imam madzhab lantaran di hadapan mereka sudah tersedia Al-Muwathta’ Imam Malik, Sahih Al-Bukahari dan Sahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Jami’ At-Tirmidhi, dan A-Nasa’i. Semua kitab ini menurut pernyataan Syeikh Khajandi adalah kitab-kitab yang sudah terkenal dan popular serta dapat diperoleh dalam waktu singkat. Jadi, tidak diperlukan lagi taqlid kepada sesiapapun dari imam-imam madzhab.
Kami ingin menyatakan, barangkali Syeikh Nashr Al-Albani mengetahui bahawa semua imam termasuk di dalamnya Ibn Taimiyah, Ibnul Qayyim, dan Asy-Syaukani telah sepakat bahawa dengan sekadar memperoleh (mempelajari) kitab-kitab tersebut di atas, tidak mungkin seseorang menjadi mujtahid. Dalam melakukan fatwa dan istinbath, tidak cukup sekadar berpegang pada kitab-kitab tersebut, tetapi dia pun harus melengkapi syarat-syarat ijtihad yang lain, sehingga ia mencapai darjat mujtahid. Hal ini memang sangat berbeda dengan apa yang telah ditetapkan oleh orang yang dikatakan sangat alim, iaitu Syeikh Khajandi dalam risalahnya.
Dengan tambahan penjelasan yang cukup panjang ini, kiranya dapat diketahui bahawa adanya risalah yang mengupas tentang masalah madzhab tetap sangat dibutuhkan oleh kaum muslimin.
2. Menurut pendapat Syeikh Nashr Al-Albani bahawa kitab risalah Syeikh Khajandi terdapat sejumlah kata yang dapat memperbaiki pengertian yang salah terdapat dalam susunan kata-kata yang kami sebutkan di atas.
Sejumlah kata dimaksud ialah ucapan Syeikh Khajandi pada halaman 29 iaitu “Ketahuilah! Bahawa mengambil pendapat ulama dan qiyas mereka, kedudukannya adalah ibarat tayammum. Tayammum itu diperbolehkan manakala tidak ada air. Begitu pula halnya kalau sudah ada nas-nas Al-Kitab dan As-Sunnah serta ucapan para sahabat, wajib mengambilnya dan tidak boleh pindah pada pendaat para ulama.”
Demikianlah pernyataan Syeikh Nashr Al-Albani yang dikemukakan dalam diskusi dengan kami.
Sebenarnya kami sudah melihat kata-kata Syeikh Khajandi ini, tetapi menurut pendapat kami, kata-kata tersebut justeru menambah kemusykilan yang lebih ruwet tau terlepas dari satu kesulitan dan jatuh dalam kesulitan lain.
Di hadapan kita memang sudah ada kitab-kitab Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim, dan kitab-kitab hadith lainnya. Akan tetapi, bila seluruh umat Islam memahami langsung hukum agama mereka dari nas-nas yang ada di dalamnya, apa yang akan terjadi? Tiada lain ialah kekusutan dalam mengamalkan ajaran agama.
Imam Ibnul Qayyim dan hamper semua para ulama dan imam-imam Rahimahumullah telah menyatakan, “Adanya kitab-kitab Sunan yang lengkap tidak cukup sebagai bekal utuk sahnya suatu fatwa. Di samping itu, harus ada kemampuan melakukan istinbath dan keahlian dalam membahas serta meneliti suatu masalah. Bila persyaratan tersebut tidak dipenuhi, kewajiban orang tersebut ialah seperti yang difirmankan Allah ‘Azza wa Jalla berikut:
فَاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui.”
(Q.S An-Nahl[16]:43)
Demikianlah yang ditegaskan oleh para ulama dan imam termasuk Ibnul Qayyim.
Adapun menurut Syeikh Khajandi dan Syeikh Nashr Al-Albani, kalau nas-nas Al-Kitab dan As-Sunnah sudah ditemukan, demikian juga ucapan (atsar) para sahabt, wajib bagi mat muslim untuk berpegang padanya dan tidak boleh pindah pada pendapat para ulama.
Dalam hal ini, sudah tentu terserah siapa yang harus dipercaya. Apakah ijma’ para ulama, di antaranya termasuk Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim, dan lain-lain, ataukah pendapat Syeikh Khajandi dan Syeikh Nashr Al-Albani.
Di samping itu, cubalah renungkan ucapan Syeikh Khajandi ini, maka akan terlihat jelas kebodohannya. Dia menggambarkan bahawa para imam tersebut dalam menegakkan ijtihadnya ang boleh diikuti kaum muslimin, mereka hanya berpendirian pada pendapat dan fikiran mereka semata-mata dan sama sekali tidak berlandaskan dalil nas-nas Al-Qur’an dan Al-Hadith. Ijtihad seperti inilah yang boleh ditaqlidi, dan itulah tayammum yang dilakukan.
Itulah ucapan Syeikh Khajandi, padahal sebenarnya ijtihad para imam tersebut tidak mungkin terjadi dan tidak sah bila tidak berdasar (berlandaskan) dalil nas-nas AlQur’an dan Al-Hadith.
Seorang imam yang melakukan ijtihad dalam suatu masalah agama tanpa didasari Al-Kitab dan As-Sunnah Rasululah SAW bererti telah menambah-nambah urusan agama dan hasil ijtihadnya bukanlah merupakan syariat agama. Dengan demikian, setiap orang Islam tidak boleh mengikuti imam tersebut.
Imam Asy-Syafi’i r.a. telah mengatakan dalam kitabnya Ar-Risalah sebagai berikut:
Setelah Rasulullah SAW,. Allah tidak memperkenankan kepada seorang pun untuk berpendapat, kecuali berlandaskan ilmu yang sudah lewat atau sesudahnya, iaitu Al-Kitab, As-Sunnah, Al-Ijma’ Al-Atsar, dan Al-Qiyas (apa-apa yang boleh diqiyaskan kepadanya). Kemudian seseorang tidak boleh melakukan qiyas, kecuali bila ia sudah cukup alat-alat yang diperlukan untuk melakukan qiyas, iaitu mengetahui hukum-hukum kitab Allah, berapa fardunya, adabnya, nasikh-mansukhnya, ‘aamnya, khaashnya, dan irsyadnya.”
Kita mengetahui bahawa dalam urusan ijtihad, qiyas banyak digunakan untuk melakukan istinbath. Padahal qiyas itu sendiri tidak sah bila tidak berdasarkan pada nas dari Al-Qur’an dan As-Sunnah serta ucapan para sahabat. Ucapan sahabat itu pada hakikatnya termasuk bahagian dan macam-macam sunnah, kecuali dalam urusan-urusan yang dimungkinkan sebaai pendapat peribadi.
Kemudian Syeikh Khajandi pun menggambarkan pula bahawa kebodohan terhadap hukum syariat itu disebabkan tidak adanya nas. Apabila nas sudah ditemukan dalam Al-Kitab dan As-Sunnah, sebab-sebab kebodohan tersebut sudah tidak ada dan kedudukan semua manusia adalah sama dalam kemungkinannya memahamii hukum syariat. Oleh kerana itu, tidak perlu lagi taqlid kepada imam-imam madzhab. Demikian huraian Syeikh Khajandi.
Lalu pantaskah bagi orang yang mengerti betul tentang nas dan cara-cara istinbath berkata demikian?
Apa ertinya ucapan Syeikh Khajandi, “Di mana saja orang mendapatkan nas Al-Kitab dan As-Sunnah serta ucapan para sahabat, ia wajib mengambilnya dan tidak boleh beralih pada ucapan para ulama.”
Kemudian apa perlunya tayammum kalau ucapan Syeikh Khajandi seperti demikian? Adapun Syeikh Nasiruddin setelah kami memberikan komentar terhadap ucapan Syeikh Khajandi di atas, dia menyatakan, “Sebenarnya pada ucapan Syeikh Khajandi tersebut, ada kata-kata yang tersirat. Mesti ditambahkan kata-kata: bila menemukan nas tersebut sudah sampai ke tingkat kemampuan melakukan istinbath. Akan tetapi, setelah kami katakana kepadanya bahawa kata-kata: ‘di mana saja’ mempunyai erti umum, Syeikh Nasiruddin menjawab, “Ucapan Syeikh Khajandi yang mengandung makna umum harus diertikan secara khusus.”
3. Bandingkan ucapan Ibnul Qayyim dengan apa yang didakwahkan oleh penulis kitab bahawa ijtihadadalah soal yang mudah dan tidak memerlukan apa-apa, kecuali kelengkapan kitab-kitab hadith dan Al-Muwaththa’ Imam Malik. Dan pendapatnya (Syeikh Khajandi) bahawa apabila dalam hadith-hadith terdapat pertentangan, seseorang boleh mengamalkan salah satunya pada suatu saat dan saat lain boleh mengamalkan yang lain pula.
4. Apa yang kami telah sebutkan di atas menjelaskan bahawa di kalangan para sahabat tabi’in, tabi’it-tabi’iin dan orang-orang sesudahnya ada orang-orang yang menetapi imam madzhab tertentu dan tidak pindah pada yang lain. Dan menunjukkan pula bahawa berpegang satu madzhab saja tanpa berpindah-pindah pada madzhab lain merupakan hal yang sudah berjalan tanpa ada larangan dari sesiapapun, baik di kalangan para sahabt sendiri, tabi’it-tabi’in, dan generasi sesudahnya.
Dengan demikian, bukankah pendapat yang mengharamkan seseorang menetapi terus menerus seorang imam atau madzhab tersebut adalah bid’ah dalam agama dan menambah-nambah agama?
Namu demikian Syeikh Nashr, dalam diskusi dengan kami menanyakan dalil yang ada dalam risalah kami yang menganggap bahawa bebas madzhab adalah bid’ah dan juga menanyakan dalil bahawa di kalangan para sahabat dan tabi’in terdapat orang-orang yang menetapi seorang imam saja.
Untuk menjawab pertanyaan Syeikh Nashr Al-Albani, kami pun bertanya kepadanya, “Apakah Tuan sudah membaca risalah kami (Al Laa Madzhabiyyatu Akhtharu Bid’atin Tuhaddidusy Syarii’atal Islaamiyyah)?
Beliau menjawan, “Insya Allah.” Kami tidak mengerti apa maksud beliau mengucapkan, “Insya Allh.” Apakah ucapan tersebut sekadar untuk tabarruk (mengharapkan berkah dengan ucapan tersebut, yang beerti beliau membaca) atau dengan maksud ta’lig (akan membacanya kalau memang dikehendaki oleh Allah SWT.)
Syeikh Nashr menyatakan “Insya Allah telah membaca risalah,” tetapi beliau tidak melihat bahawa dengan tugas fatwa yang hanya diberikan oleh khalifah kepada Atha’ bin Rabah dan mujtahid di Mekah tanpa ada seorang pun yang ingkar, hal itu menunjukkan ada ijma’ bahawa menetapi suatu madzhab tertentu memang disyariatkan, dan pendapat sesudahnya yang mengharamkan hal tersebut adalah bid’ah dan tidak diizinkan oleh Allah SWT.
Syeikh Nashr Al-Albani menyatakan, “Insya Allah telah membaca rislah,” tetapi beliau tidak melihat bahawa dengan berpegang teguhnya penduduk Iraqpada mazhab ahli Ra’yu yang dicerminkan oleh Abdullah bin Mas’ud r.a. dan murid-muridnya merupakan bukti bahawa berpegang pada madzhab tertentu memang dilaksanakan. Demikian pula yang terjadi di Hijjaz yang selalu menetapi madzhab Abdullah bin ‘Umar r.a.
Syeikh Nashr Al-Albani telah membaca risalah kami, tetapi tidak melihat bahaa adanya berjuta-juta umat manusia yang memeluk madzhab empat (Hanafi, Maliki, Syafi’i, dan Hanbali) yang merupakan bukti ijma’ yang nyata bahawa mengikuti madzhab imam tertentu bukanlah haram atau makruh dan bukan pula bid ‘ah dalam agama.
Beliau mungkin berpura-pura tidak mengetahui dalil-dalil yang cukup jelas ini dan menyatakan haram bermadzhab pada madzhab tertentu dan menganggapnya bid’ah yang tidak berdasar agama.
Akan tetapi, menurut pendapat kami, bukti-bukti yang telah kami kemukakan dapat menyatakan bahawa anjuran agar manusia bebas madzhab merupakan bid’ah yang paling berbahaya yang akan menghancurkan syariat Islam, khususnya pada waktu sekarang ini kerana manusia banyak dikuasai hawa nafsunya.
5. Sesungguhnya bukanlah persoalan bagi kita andaikata golongan bebas madzhab mempunyai ijtihad sendiri dalam hukum syariat slam yang berbeda dengan ijtihad sebahagian besar imam madzhab. Hal ini kerana mungkin juga di anatara mereka ada yang mampu membahas masalah fiqih dan melakukan ijtihad menurut kemampuannya.
Sungguh, kadang-kadang kami memperhatikan bahawa pendapat mereka berbeda dengan pendapat jumhur ulama. Kami lebih mengutamakan jumhur kerana kami melihat bahawa mereka tidak mampu berijtihad sebagaimana para jumhur ulama. Akan tetapi, pendapat mereka yang tidak sesuai dengan jumhur tidak perlu kita jadikan bahan untuk pertengkaran dan permusuhan.
Bukanlah urusan yang perlu dipersoalkan andaikata ada orang yang solat dengan mengerak-gerakkan telunjuknya waktu duduk tahiyat atau lebih mengutamakan solat tarawaih delapan rakaat, atau memeandang wajib qadha’ bagi orang yang sengaja meninggalkan solat fardhu. Sesungguhnya, di antara imam dan para fuqaha, ada juga yang berpendapat demikian. Bukan masalah baru pula dalam tarikh Islam kalau ada orang yang mengaku dirinya mujtahid, kemudian menciptakan sendiri madzhab fiqih untuk mereka, baik ia mampu untuk melakukan ijtihad atau tidak.
Akan tetapi, hal yang kita ingkari dan sangat memprijatinkan ialah kelompok bebas madzhab (anti madzhab) telah menggunakan pendapat mereka sebagai senjata untuk memerangi imam-imam madzhab. Dengan senjata itu pula, mereka memutuskan hubungan antara imam-iam madzhab dengan kaum muslimin, serta mengobarkan fitnah dalam masjid-masjid, dan tempat lain, dan di mana saja yang memungkinkan untuk menyebarkan fitah.
Mereka tinggalkan dakwah dan seruan kepada Allah dan agama-Nya yang telah dibawa dan dicontohkan oleh Rasul-Nya, Sayyidina Muhammad Rasulullah SAW. Mereka tinggalkan orang-orang yang telah menyimpang dan tersesat dari ajaran Islam dan mereka alihkan kegiatannya untuk memusuhi orang-orang yang seagama, tetapi berbeda pendapat dengan mereka, atau orang-orang yang berpegang teguh dengan imam-imam madzhab.
Mereka mengajak orang-orang yang tidak mampu untuk berdebat dan menuduh sesat kepada pengikut-pengikut imam-imam madzhan, bahkan membodoh-bodohkan para imam serta menyebut-nyebut kitab madzhab sebagai dokumen yang berkarat dan menyimpang.
Apabila melihat seseorang memegang tasbih untuk menghitung wirid, mereka cepat-cepat menuduh sesat dan bid’ah. Bila ada muadzdzin membaca selawat kepada Rasulullah SAW setelag adzan, mereka menuduhnya syirik. Bila melihat orang solat terawuh 20 rakaat, mereka membuat keriuhan dalam masjid sehingga terjadilah hiruk-pikuk suara omongan koor serta keji.
Kami masih teringat suatu peristiwa di malam Ramadhan ketika sekelompok orang awam, kurang lebih lima belas orang, datang menghadap kami setelah Isya. Dari wajah mereka dan suara-suara yang terdengar, tampak bahawa mereka baru saja bertengkar. Mereka datang meminta bantuan agar kami dapat menghentikan keributan dalam masjid disebabkan ada seseorang di masjid yang mengharamkan solat terawih lebih dari delapan rakkat sehingga terjadilah keributan dan masjid berubah menjadi tempat perkelahian.
Apa sebenarnya yang memberatkan mereka kalau kita solat tarawih dua puluh rakaat kerana kita taqlid kepada seorang imam, sebagaimana mereka juga sesukanya solat tarawih delapan rakaat?
Kalau menganggap dirinya mampu memahami hukum syariat dari Al-Qur’an dan As-Sunnah tanpa taqlid kepada imam madzhab, silakan mencipta madzhab baru di samping madzhab empat yang sudah mu’tabar, untuk membukukan sepuluh masalah saja dari urusan ibadah dan silakan mereka meninggalkan fiqih para imam madzhab sesuka hati mereka.
Akan tetapi, satu hal yang patut disayangkan, mengapa mereka bersikap sinis kepada yang lain dengan membodoh-bodohkan dan menyesatkan para pengikut madzhab empat? Serta menghina para imam madzhab empat dan kitab-kitab mereka?
Untuk apa mereka mengadakan majlis dengan mencaci-maki dan menghina Imam asy-Syafi’I Radhiyallahu ‘Anhu, lantaran fatwa beliau yang mengesahkan seorang laki-laki menikahi anak perempuan darah dagingnya sendiri, tetapi dengan cara zina? Padahal kalau ia mahu membaca keterangan Imam Asy-Syafi’I tentang masalah tersebut dalam kitabnya Al-Umm, dia akan tahu kebodohannya sendiri.
Akan tetapi, seorang seperti Syeikh Nasiruddin Al-Albani mungkin menyatakan bahawa ia sedikit pun tidak mengurangi kedudukan para imam dan tidak akan menganggap buruk terhadap madzhab-madzhab.
Memang kadang-kadang dia menyatakan demikian dalam suatu majlis, tetapi kenyataan yang ia perbuat tidak sesuai dengan apa yang ia katakana.
Orang yang benar-benar menghotmati para imam madzhab empat dan menghargai jerih payah mereka dalam mengungkapkan hukum syariat Islam dan mengoreknya dari Al-Qur’an dan As-Sunnah, tidak mungkin berkata mengomentari (mengulas) hadith turunnya Nabi Isa a.sa sebagai berikut:
“Hal ini jelas bahawa Nabi Isa a.s. akan berhukum dengan syriat kita dan memutuskan sesuatu dengan kitab dan sunnah, tidak dengan lainnya baik Injil atau fiqih Hanafi dan semacamnya.”
Harap pembaca dapat merenungkan ucapan Syeikh Nasruddin di atas, “Tidak dengan lainnya, baik Injil, atau fiqih Hanafi, dan semacamnya.” Dengan ucapan tersebut, ia mempunyai keyakinan bahawa Fiqih Hanafi sama seperti kitab Injil, iaiatu kitab yang tidak ada hubungannya dengan syariat Islam, Al-Qur’an, dan As-Sunnah.
Adakah seorang Muslim yang tidak mengetahui bahawa Fiqih Hanafi merupakan hukum Islam yang diambil (bersuberkan) dari Al-Quran, As-Sunnah, dan juga Qiyas?
Apakah ia tidak mengetahui bahawa dalam mengungkapkan hukum dari Al-Quran dan As-Sunnah, Imam Abu Hanifah r.a. semata-mata bertaqarrub dan mendkatkan diri kepada Allah ‘Azza wa Jala, dan bukan mendekatkan diri kepada syaitan untk membuat fiqih tandingan kemudian bersamaan dengan Injil dihadapkan pada Al-Quran. Meskipun harus diakui juga bahawa Imam Abu Hanifah kemungkinan salah dalam melakukan ijtihadnya.
Kemudian, siapakan yang berkata seperti ini? “Sesungguhnya Nabi Isa a.s. esok akan datang ke dunia, tetapi pengetahuan beliau tentang Kitab dan Sunnah lebih lemah daripada Syeikh Nashr, sehingga beliau tidak mampu berijtihad sendiri dan terpaksa taqlid kepada para imam dalam hukum syariat, dan di antara imam-imam tersebut yang beliau pilih adalah Imam Abu Hanifah.
Betulkah ada di kalangan pengikut Hanafi yang berkata demikian? Semestinya Syeikh Nashr menyebutlkan orang yang berkata demikian dan menunjukkan letak ucapan tersebut dengan penjelasan ilmiah, yang setiap orang pasti dapat mengutamakannya, bahawa Nabi Isa a.s. mampu mengambil hukum syariat dari Al-Qur’an dan As-Sunnah. Kemampuan ini pasti dimilikinya kerana sesungguhnya beliau adalah utusan Allah SWT. Jadi, dalam hal ini bukan pada tempatnya kalau Nabi Isa a.ss taqlid kepada para imam madzhab.
Sungguh kalau bukan pekerjaan yang bersifat ilmiah dan sesuai dengan Islam, kalau Syeikh Nashr Al-Albani menyeludupkan ucapan di atas ke dalam kitabnya, kemudia dia membantahnya dengan maksud mendiskreditkan Fiqih Hanafi dan menganggapnya bukan Syariat Islam seperti Injil.
Bila pembaca berasa keberatan atas ucapan di atas yang keluar dari mulut seorang muslim, kami persilakan membaca kitab ringkasan (mukhtashar) Sahih Muslim susunan Imam Al-Mundziri, kemudia bacalah catatan-catatan kakinya yang ditulis oleh Syeikh Nashr pada halaman 308.
Kepada yang mengedarkan kitab ini, telah diberi peringatan oleh seorang tokoh ulama mengenai ucapan yang sangat munkar ini dan diperintahkan untuk membuang kalimat tersebut pada cetakan akan datang.
Kami mengetahui, apakah penerbit kitab tersebut tetap akan memuat ucapan yang sangat berbahaya atau akan menghapusnya?
6. Kami mengetahui bahawa penulis kitab termasuk orang-orang yang tidak memandang Imam al-Ghazali ahimahumullah dan tidak mengakui keutamaan beliau dan ilmunya. Bahkan, di antara tokoh mereka, ada mengumpat-umpat dan memandang beliau telah keluar dari agama Islam, sesat, dan menyesatkan serta menyeleweng. Jadi, kalau mereka mengutip ucapan Imam Al-Ghazali untuk dijadikan bukti atas kebenaran pendapat mereka, hal itu sekadar usaha untuk mencari pengakuan dari lawan dan bukan beerti menyetujui pendapat Imam Al-Ghazali.
(Tamat bab terakhir, Bab 16: Catatan Akhir)
Tajuk Buku Asal: “Alla Madzhabiyyatu Bid’atin Tuhaddidu Asy-Syarii’ata Al-Islaamiyyah”, karya Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buuthi.
Telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia yang boleh difahami rakyat Malaysia dengan tajuk “Bahaya Bebas Madzhab Dalam Keagungan Syariat Islam”.






