Pendapat ‘Ulama’ Muktabar Tentang Tasawwuf Dan Ahli Sufi
Berkata Imam mazhab kita, Imam Syafi’i r.h.:
“Aku telah mendampingi ahli sufi, maka aku telah mendapat faedah daripada mereka dua kalimah:
“Waktu itu seperti pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu.”
“Sekiranya diri kamu tidak disibukkan dengan perkara kebenaran, maka ia akan menyibukkan kamu dengan perkara-perkara yang batil” (Imam al-Suyuti, Ta’qid al-Haqiqah al-’Aliyyah).
Berkata Imam Malik:
“Sesiapa yang belajar ilmu feqah tetapi tidak belajar ilmu tasawwuf, maka ia adalah fasiq. Sesiapa yang belajar ilmu tasawwuf tetapi tidak belajar ilmu feqah maka ia adalah zindiq, dan sesiapa yang mengumpulkan kedua-duanya, maka ia adalah ahli haqiqat.” (Shaykh al-Fasi, Qawaid al-Tasawwuf).
Imam Ahmad bin Hanbal r.h. berkata kepada anaknya Abdullah:
“Wahai anakku! Hendaklah kamu duduk bersama kaum ini (ahli sufi) kerana mereka telah melebihi kami dengan banyaknya ilmu, muraqabah, khashyah, zuhud dan tinggi himmah.” (Shaykh Amin al-Kurdi, Tanwir al-Qulub).






Assalamualaikum…
Moga2 Allah memberi kita peluang mengecapi nikmat pemurnian hati melalui jalan2 ahli sufi..
wslm
Comment by Ahmad Fathi — October 23, 2006 @ 4:17 pm
Semoga beitulah, mohon diperkenankan Allah.
Comment by Administrator — October 23, 2006 @ 11:54 pm
Kerana ilmu tasawwuf lah, Imam al-Ghazali memulakan langkah musafirnya meninggalkan Baghdad.
Comment by tawel-sensei — November 1, 2006 @ 5:00 pm
Betul tu cikgu tawel. Sesetengah ‘ulama’ memilih jalan begitu. Tak silap Imam Ghazali beruzlah selama 10 tahun. Mungkin semasa beruzlah, kita boleh menyendiri, melakukan ibadat dan menangisi segala dosa kita, dan mengharap belas kasihan Allah. Saudara Tawel, selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Maafkan segala kesilapan saya yang banyak.
Comment by Administrator — November 3, 2006 @ 1:19 am
Selamat Hari Raya juga buatmu (macam sudah basi sahaja!) Semoga istiqamah dalam perjuangan dakwah.
Comment by tawel-sensei — November 11, 2006 @ 12:28 am
Hehe. Ingat kite raye sebulan
. Ok, semoga kita dapat mencontohi ‘ulama’-ulama’ tasawwuf yang gigih berda’wah dengan hikmah sehingga orang Melayu ramai memeluk Islam, seperti yang dikatakan oleh al-Marhum Professor Burhanuddin al-Helmi dalam Seminar Tasawwuf seperti di dalam artikel yang lepas. Setelah saya membaca saya artikel itu, saya sedar, da’wah itu mesti dengan bijaksana dan lemah-lembut dan mempunyai ‘ilmu yang luas.
Comment by Administrator — November 12, 2006 @ 1:27 am
Daripada Al Faqiru Ilallah:
Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Katakanlah lagi,Tiada sesipapun dilangit dan dibumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan ALLAH dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing2 akan dibangkitkan hidup semula
(Surah An Naml:65)
Comment by abdullah — November 17, 2007 @ 3:40 pm
Assalamualaikum wbth
Saya nak pohon keizinan dari Ustaz untuk saya petik artikel ini untuk diletak di blogspot saya. Harap dapat kebenaran dari pihak Ustaz..
Comment by wasunni al-kelantani — March 10, 2008 @ 11:13 pm
Silakan. Ambillah apa-apa saja dari blog ini. Dan tak perlulah panggil saya ustaz. Panggil saja Malakian.
Comment by Administrator — March 15, 2008 @ 3:14 pm
Alhamdulillah, semoga kesufian tersebar luas di akhir zaman. sila lawat http://blogustazsufi.blogspot.com/
Comment by Blog Ustaz Sufi — October 27, 2008 @ 5:06 pm