Saya baru habis mendengar dua ceramah yang disampaikan oleh Shaykh Imran Nazar Hosein. Saya bersyukur kerana Allah telah menemukan saya kepada kepada beliau. Oleh itu saya ingin berterima kasih kepada team Wakeupproject.com yang menjadi wasilah untuk saya mengenal Shaykh Imran Nazar Hosein. Seakan baru semalam saya merindukan untuk mendapat jawapan kepada persoalan saya.

Ketika saya mendengar ceramah beliau yang pertama, terus terang saya katakan saya mengeluarkan air mata. Saya seolah-olah telah menerima huraian khabar gembira dan peringatan yang ingin disampaikan Allah dan RasulNya. Kemudian di akhir ceramahnya, Shaykh Imran mengatakan pulanglah ke rumah dengan linangan air mata tetapi dengan perasaan gembira di dalam hati kerana satu hari nanti masanya akan tiba untuk kita umat Islam.

Dalam video yang kedua, Shaykh Imran Hosein menerangkan kepentingan spritualiti Islam iaitu Ihsan ataupun Tasawwuf dalam memahami keadaan dunia akhir ini yang penuh dengan ranjau dan duri. Imran Hosein menerangkannya dengan Hadith Jibrail dan signifikasi hadith tersebut terutamanya dalam menerangkan maksud Ihsan dan implikasinya; sebuah kejadian yang berlaku selepas turunnya ayat Allah yang menyebut “bahawa pada hari ini Allah telah melengkapkan agama Islam”.

Imran Hosein juga menerangkan tentang kepentingan mata hati untuk memahami ayat-ayat Allah dan hadith-hadith Rasulullah serta untuk memahami realiti sebenar di sebalik kejadian yang berlaku akhir zaman ini.

Beliau juga ada menerangkan tentang konsep murabaha dan pinjaman serta pandangannya dalam konteks pinjaman bank Islam sekarang ini.

Terdapat juga beberapa video lain di laman webnya dan selebihnya di ceramahislam.com seperti yang tertera di laman web Imran Hosein.

Video 1

Video 2