Christian Ethics: Isma’il Raji al-Faruqi

Alhamdulillah kerana kali ini Allah telah membukakan saya peluang untuk mula membaca buku ini. Sebelum ini saya telah terjumpa buku ini di perpustakaan tapi tidak berpeluang untuk membacanya. Apabila saya membaca buku ini, ia bukan sahaja memberi saya maklumat tentang ajaran Nabi Isa a.s, tetapi ia juga membuka mata saya tentang ketinggian ilmu al-Marhum Ismail Raji al-Faruqi dalam bidang perbandingan agama terutamanya dalam isu ajaran Nabi Isa a.s.
Saya belum sempat membaca buku ini secara keseluruhan, tetapi sudah ada beberapa tajuk yang saya baca dan menarik perhatian saya. Saya bukan ingin mengulas buku ini secara lanjut cuma mahu menyampaikan beberapa perkara yang disentuh oleh penulis.
Di dalam bab ‘Legalism of the Pharisees’, penulis menyentuh tentang perilaku golongan Pharisees yang menggunakan ajaran Torah hanya sekadar untuk menonjolkan keistimewaan golongan Bani Israel. Kedua, sikap mereka yang hanya mengambil maksud literal ajaran Torah dan memanipulasi hukum-hukumnya untuk membuat deduksi hukum-hukum baru tanpa mengambil kira mesej sebenar yang ingin disampaikan disebalik hukum-hukum tersebut. Ini termasuklah menggunakan kaedah ‘akrobatik’ dan ‘gimnastik’ untuk memanipulasi hukum-hukum Torah untuk kegunaan-kegunaan ’semasa’ dengan mengabaikan nilai sebenar ajaran Torah. Mereka mengabaikan nilai etika sebenar yang ingin disampaikan dan hanya menggunakan hukum-hukum Torah untuk kepentingan mereka. Golongan ini menukarkan ajaran-ajaran Torah kepada ajaran-ajaran yang ‘dry’ atau dangkal dan seterusnya menyesatkan golongan awam.
Bab II, di bawah tajuk Jesus’ indictment of legalism merupakan kesinambungan kepada tajuk di atas. Antara tesis ajaran Nabi Isa a.s. menurut penulis adalah radical self-transformation. Self di sini merujuk kepada the inner-being.
“For its concern is the self, the inner being which only the individual can reach in moments of ethical self-consciousness. Whereas Jewish Law (as the rabbis and Pharisees had found out), struggled to cover an ever-widening range of affairs by systematic but ever more strained and artificial means, Jesus ‘law’ restricted itself to the individual’s inner self. The self, he rightly discerned, is the main battleground of all higher, properly ethical values.”
Terdapat lagi kesinambungan daripada perkara ini di dalam tajuk Rejection of family ties:
“The transformed person means to do God’s will in every situation, not to satisfy the provisions of the Law. It is not that law in itself an evil; it need not be. But one should seek an escape from its determination of rights and wrongs in order to be free for the higher task of loving God and realizing His Will. Salvation lies beyond where Law can reach: ‘Except your righteousness shall exceed the righteousness of the scribes and Pharisees, ye shall in no case enter into the kingdom of heaven’ (Matthew 5:20).
Jelas di sini apabila Isa a.s. membawa ajaran agar mencintai Tuhan, Nabi Isa a.s ingin membuang segala berhala-berhala yang berada di dalam hati-hati kaumnya. Nabi Isa a.s. menganjurkan agar ibadat dijalankan secara ikhlas dan tulus, bukan untuk menunjuk-nunjuk, kerana itu termasuk dalam amalan menduakan Tuhan. Kerana itu Nabi Isa a.s. menyuruh mereka yang berpuasa agar membasuh muka, dan meminyakkan rambut, agar hanya Allah sahaja yang tahu bahawa mereka berpuasa. Insya Allah, saya akan menyentuh Bab seterusnya ‘Jesus and Islamic Mysticism’.






