
Kejuruteraan Bendalir. Itulah slogan yang digunakan oleh pembuat minyak pelincir terkemuka, Castrol. Saya tidak berpeluang lagi untuk mencuba minyak pelincir Castrol. Saya pernah mencuba minyak pelincir Shell dan kemudian bertukar kepada minyak pelincir Eneos daripada Nippon Oil kerana menurut kajian amatur saya tentang minyak pelincir dan nasihat mekanik saya, minyak pelincir Eneos amat sesuai untuk enjin keluaran Mitsubishi dan lain-lain enjin buatan Jepun. Semasa saya mengambil kursus Automotive dulu pun, instruktur saya juga menyatakan bahawa minyak pelincir Eneos berkualiti baik. Tetapi ini bukan isu utama yang ingin saya ketengahkan.

Kejuruteraan Genetik. Pada 5 Julai , 1996, Dolly, seekor kambing biri-biri klon telah dilahirkan. Kelahiran Dolly telah menyebabkan isu pengklonan khasnya pengklonan manusia menjadi isu hangat dibincangkan di arena antarabangsa. Dolly memang seekor kambing biri-biri yang cantik dan sudah semestinya beliau amat amanah dalam menunaikan tanggung jawabnya. Tetapi ini juga bukan isu utama yang ingin saya ketengahkan.
Kejuruteraan Pemikiran ‘Akrobatik’ dan ‘Gimnastik’. Tidaklah di sini saya ingin nyatakan bahawa kaedah pemikiran ini ‘Haram’, ‘Makruh Tanzihi’ atau ‘Makruh Tahrimi’ tambahan pula saya tidak layak untuk melakukan ijtihad. Isunya ialah manipulasi Pemikiran ‘Akrobatik’ dan ‘Gimnastik’. Saya akan bawakan contoh manipulasi kaedah pemikiran ini dalam agama Judaisme dan bagaimana perkembangan Kejuruteraan Pemikiran Akrobatik dan Gimnastik menjadi semakin ‘sophisticated’ sehingga saya dan ramai manusia yang terpesona, terkesima, teruja, dan terdecep.
Saya akan membawa beberapa ayat yang terdapat di dalam Kitab Perjanjian Lama yang menyentuh tentang riba:
If any of your own people become poor and are unable to support themselves among you, help them as you would a foreigner and stranger, so they can continue to live among you. Do not take interest or any profit from them, but fear your God, so that your poor neighbors may continue to live among you. You must not lend them money at interest or sell them food at a profit. (Leveticus: 25:35-37).
If you lend money to one of my people among you who is needy, do not treat it like a business deal; charge no interest. (Exodus: 22:25).
Pemanipulasian Pemikiran Akrobatik oleh Rabbi dan ‘Ulama’ Yahudi ketika itu telah menyebabkan mereka menukar ayat-ayat Tuhan dan memasukkan perkataan mereka untuk mendapat untung yang sedikit daripada dunia. Rabbi mereka menokok tambah ayat yang meng‘halal’kan mengenakan riba’ kepada kaum bukan Yahudi. Akan tetapi, kaedah pemikiran Akrobatik mereka tidaklah terlalu ‘sophisticated’ kerana mereka menokok tambah ayat-ayat Allah. Dan ini sudahlah tentu menyebabkan mereka terang-terangan dilaknat Allah.
Do not charge an Israelite interest, whether on money or food or anything else that may earn interest. You may charge a foreigner interest, but not another Israelite, so that the Lord your God may bless you in everything you put your hand to in the land you are entering to possess. (Deuteronomy: 23:19-20).
Allah telah berfirman di dalam al-Qur’an:
Lalu orang-orang yang zalim mengganti perintah dengan (mengerjakan) yang tidak diperintahkan kepada mereka. Sebab itu Kami timpakan atas orang-orang yang zalim itu dari langit, karena mereka berbuat fasiq. (Al-Baqarah, 2: 59).
Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; “Ini dari Allah”, (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan. (Al-Baqarah, 2: 79).
Dalam satu riwayat dinyatakan bahawa ayat ini turun tentang ahli kitab yang memalsukan taurat. (Diriwayatkan oleh al-Nasa’i yang bersumber dari Ibn Abbas.).
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, iaitu Al-Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api, dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat dan tidak mensucikan mereka dan bagi mereka siksa yang amat pedih. (Al-Baqarah, 2: 174).
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa firman Allah tersebut di atas diturunkan tentang (kebiasaan) kaum Yahudi (yang menyimpang dari ajaran yang sebenarnya). (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari ‘Ikrimah.)
Akan tetapi, berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w., pemikiran Akrobatik dalam agama menjadi semakin ‘sophisticated’ di akhir zaman. Oleh kerana Al-Qur’an dipelihara oleh Allah daripada sebarang perubahan daripada tangan-tangan manusia, maka satu kaedah pemikiran Akrobatik yang lebih ‘sophisticated’ perlu dilakukan untuk satu projek ‘Mass Deception.’
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia akan sampai ke suatu zaman yang mana orang menghalalkan riba’ dengan dengan nama jual beli”. (Hadith Riwayat Ibn Qayyim).
Rasululah bersabda lagi: “Akan sampai masanya bagi manusia yang mana tidak seorang pun daripada mereka yang tidak ikut memakan riba’. Kalau ada yang tidak ikut memakannya secara langsung, dia akan terkena debunya.” (Hadith Riwayat Ibn Majah).
Dalam bahasa moden, mereka yang menyamakan riba dan jual beli di akhirat kelak keadaan mereka adalah seperti mereka yang menghidap penyakit Psychotic dan kecelaruan fikiran yang melampau. Allah berfirman:
Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah, 2: 275)
Menurut Prof. Dato’ Dr. al-Ustaz Mat Demon al-Azazil kepada saya, isu manipulasi pemikiran Akrobatik dan Gimnastik dalam agama melangkaui isu Traditionalisme atau Liberalisme dalam agama malahan ia adalah satu fenomena Mass Deceptionalism dalam agama. Beliau berkata lagi, jika mereka yang ber‘mata’ terang seperti Imam al-Ghazali, Ibn Arabi, Mansur al-Hallaj, Ibrahim Adham, Dhun Nun al-Misri, Abu Yazid al-Bistami dan lain-lain masih hidup, mereka inilah yang akan menjadi barisan utama yang menentang Mass Deceptionalism ini dengan bersungguh-sungguh melalui puisi mereka, tulisan mereka, dan nyawa mereka sendiri. Prof Mat Demon telah menjadi guru saya sejak saya kecil. Beliau dulu seorang ‘alim di sebuah Institusi yang Tinggi tetapi telah dilucutkan jawatannya oleh Yang Berkuasa kerana ketakburannya.
Saya menjangkakan selepas ini lebih banyak istilah-istilah ‘teknikal’ perlu digunakan untuk meluaskan lagi Mass Deception Project ini. Mungkin istilah-istilah tersebut lebih sukar untuk disebut oleh orang awam seperti saya; mungkin lebih sukar daripada menyebut dan mengeja nama Arnold Schwarzenegger (atau menurut Pak Cik Din dalam majalah Ujang; Arnold Susah Nak Eja)

p.s/ Saya berminat untuk menonton filem Transformers: Revenge of the Fallen. Ini kerana saya berminat dengan perkataan pada tajuk filem ini ‘Revenge of the Fallen.’ Transformer Shapeshifting pyramid pun ada menurut kawan saya.

Saya juga berminat dengan watak kumpulan Decepticon. Menurut Wikipedia:
Primarily, Decepticons have red eyes, while Autobots have blue eyes. They are known for their strong air power, especially since many of them turn into aircraft like Starscream. They can turn into military vehicles, construction vehicles and even smaller-than-human-sized objects, like Frenzy, who is in Barracade’s chest. Most Decepticons think very little of humans and consider them no better than pests or “insects”. This is strongly emphasized in the 2007 film Transformers, when Megatron is seen flicking a human like a bug and saying “disgusting”. Another example is when the Decepticon Frenzy complained about how the “stupid insects” tried to shoot him. In the animated series, Starscream works with the human, Doctor Arkeville and comments about how little he cares about destroying the entire planet Earth in order to achieve his goal.



Saya pasti Prof. Mat Demon juga berminat untuk menonton filem ini bersama saya dan saya juga pasti beliau amat berminat dengan watak Decepticon.






