Seperti biasa, aku memohon keampunan Allah dengan kesyahduan, bahkan aku sering nak masukkan keluh kesah rayuan keampunan aku kepada Allah dalam blog aku, biasalah aku ini virtuous hipokrit. Ya, ini bukan ruangan Keluh Kesah Bersama Kak Esah dalam Majalah Ujang, tapi aku suka baca ruangan itu.

Prof. Mat Demon datang, aku rasa dia baru selesai menjalankan tugasnya di Orange Club. Beliau berkata: “Yo wassup wassup my man, my nigga, apa benda yang kau tengah merapu itu. Ah, cakap bahasa Melayu sahaja, aku semua bahasa boleh. Dahlah bahasa Inggeris kau tatabahasa berterabur.”

Dengar Prof. kata seperti itu, nak kata muka aku merah padam ayu-ayu tiadalah, sebab aku bukan Sizuka dalam cerita Doraemon itu.

Prof. Mat Demon berkata lagi: “Aku minta maaf sebab panggil kau seranggga tempoh hari, Nay, kau bukan setakat serangga, tapi parasit.”

“Kau tahu tak”, Prof. Mat Demon meneruskan kuliahnya, “Akhir zaman ini, banyak manusia lebih teruk daripada kambing peliharaannya.”

Aku membalas, “Apa buktinya?”

Prof. Mat Demon memberikan hujah: “Ada hadith yang berbunyi: “Dari Anas r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan tiba masanya bagi manusia yang mana ketika itu orang mukmin lebih hina daripada kambingnya.” (Hadith Riwayat Ibn Asakir).

Aku kehairanan lalu berkata: “Siapakah gerangan mereka itu.”

Prof. Mat Demon membalas: “Salah satunya engkaulah, parasit.”

Aku berasa sangat marah, lalu berkata: “Engkau ini tidak ada adab dalam menyampaikan ilmu, lebih daripada itu kau tidak beradab di depan Allah, patutlah Allah menghalau engkau daripada syurga.”

Prof. Mat Demon berkata: “Memang aku tidak beradab, tapi apa yang aku katakan ini benar. Kamu orang Islam ada telinga, ada akal, ada hati, tapi kamu tidak menggunakannya untuk memahami tipu daya musuhmu di sekeliling kamu. Kamu semua diuji oleh Allah, tapi kamu telah gagal dalam ujian ini. Ini kerana kau telah tertipu dengan duniawi. Kamu mengharapkan belas kasihan dan keampunan daripada Allah agar menghilangkan bala dan fitnah yang menimpa kamu semua, tetapi Allah sekarang amat marah dengan umat Muhammad ini, bahkan Allah dan Rasulnya sekarang mengisytiharkan perang terhadap kamu semua. Cuba kamu baca Surah al-Dukhan dan ambil pengajaran daripadanya.

Aku berkata: “Baiklah. Tapi saya hairan, kenapa Prof. beritahu semua ini, bukankah tugas Prof….

Prof. Mat Demon memotong: “Itu memang tugas aku. Dan aku memang menjalankan tugas itu ke atas kamu sekarang. Tapi cuma kamu tidak faham.”

Aku kebingungan, aku mahu bertanya lagi. Tapi Prof. lantas berkata: “Ah, sudahlah, malas aku nak layan kau lagi, aku ada tugas lain sekarang. Lain kali sahaja kita sambung diskusi ilmiah ini. Ha, kalau kau nak masukkan diskusi ini dalam blog kau, masukkan bawah kategori Educational”

Aku menggaru kepala, mana ada aku buat kategori Educational. Ah, suka hati kaulah Prof.