Buku-Buku Relevan Dalam Menghadapi Wabak Penyakit





Saya dalam proses membaca buku-buku ini dalam rangka untuk memahami Realiti di sebalik apa yang berlaku sekarang. Sudah semestinya, saya juga; bahkan lebih daripada itu saya perlu membaca al-Qur’an untuk memahami Realiti sekarang kerana Allah telah berfirman:
“Dan ingatlah) akan hari (ketika) Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri dan Kami datangkan kamu (Muhammad) menjadi saksi atas seluruh umat manusia. Dan Kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri (Muslimin).” (Al-Nahl; 16:89)
Dan selain itu oleh kerana Prof. Mat Demon sering menggelarkan saya serangga, parasit, lebih teruk daripada haiwan ternakan; dan saya merasakan diri saya seorang hipokrit, maka saya juga telah membeli dua buku ini iaitu: Al-amthal Dalam al-Qur’an: Golongan Kafir dan Ahli Kitab dan juga buku: Al-amthal Dalam al-Qur’an: Golongan Munafik.
Selain itu, pembacaan keenam-enam buku ini merupakan persediaan bagi saya untuk memahami golongan Virtuous Elite yang terlibat dalam bidang perbankan.
Pada mulanya saya agak keberatan untuk mewar-warkan bahawa saya dalam proses membaca buku-buku ini kerana saya rasa saya riya’ untuk menunjukkan bahawa saya seorang ‘ulat buku’, ‘seorang yang serius dalam bidang intelektual’, ‘berkaliber’, ‘berkarisma’ dan sebagainya, tetapi Prof. Mat Demon telah memberikan buah fikiran dan lontaran idea yang cukup bernas dan menganjakkan paradigma saya ke arah pemikiran yang lebih tuntas, justeru perkongsian ilmu di kalangan masyarakat tidak menjadi buntu dan kaku yang seterusnya bakal membawa kepada kemunduran dan kekakuan dalam mencerna ilmu dari sudut perspektif yang berbeza. Give me five Prof., idea dan ayat Prof. memang power, patutlah Prof. dapat PhD. In Decep.
Ya, sebelum ini saya ada menulis sebuah lontaran idea yang bertajuk Membuat Perubahan Melalui Perlakuan Sendiri - Create Change Through Your Own Conduct di mana saya telah melontarkan kata-kata keramat(?): “Berdakwah tidak semestinya anda menyampaikan sesuatu, tetapi anda boleh mengajak manusia untuk memikirkan sesuatu”. Ketika saya membaca bahagian Pendahuluan daripada buku Al-amthal Dalam al-Qur’an: Golongan Munafik, penulis telah membawa sebuah hadith yang bermaksud:
“Al-Qur’an diturunkan dalam lima bentuk iaitu halal, haram, muhkam, mutashabihah, dan perumpamaan (Amthal). Maka beramallah dengan yang halal, jauhilah yang haram, ikutilah yang muhkam, berimanlah dengan mutashabihah, dan ambillah pengajaran daripada perumpamaan“. (Riwayat al-Baihaqi).
Dan ayat al-Qur’an yang berbunyi:
“Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan: “Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?.” Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik”. (Al-Baqarah; 2: 26).
Menurut penulis, perumpamaan-perumpamaan ini (al-amthal) dapat menarik jiwa dan fikiran ke arah memikirkan hakikat kebenaran itu.






Have you read Talbis Iblis (Delusions of the Devil) by Abu’l Faraj Ibn Jauzi? Perhaps it can explain your complex relationship with Prof. Demon.
However, I am no man, I am Demon. The Demon are not afraid of other demons, but afraid of his own reflection in the mirror.
Comment by ZH — August 11, 2009 @ 5:58 pm
Zahafiza, aku ade buku tu sikit-sikit, tapi tak habis. Tapi aku ada baca buku al-Tawasin karangan Mansur al-Hallaj, dalam tu pun ada dialog dengan Demon. Dan tragedy Demon. Zahafiza minat Jalaluddin Rumi kan? Beliau pun ada ada sentuh Satan tragedy dalam Mathnawi. Sekarang aku tengah nak habiskan buku Satan’s tragedy and redemption: Iblis in Sufi Psychology tu.
Kalau Zahafiza baca buku The Ethical Philosophy of al-Ghazzali, oleh Prof. M. Umaruddin, Imam Ghazali ada menyebut bahawa dalam diri manusia ada unsur Shaytaniyya. Menurut beliau dalam diri manusia ada empat elemen: the sage, the dog,and the devil. The sage in him is the Aql, the pig is as-Shahwa (or his lust and gluttony), the dog is al-Ghadab (or anger and ferocity), the devil is the brute which insites these two animals to rebel agaisnt ‘Aql.
Jadi saya pun ada Demonic tendency in me.
Nanti aku try cari balik buku Talbis Iblis tu.
Zahafiza nak ke buku Satan’s tragedy tu? Saya boleh fotostatkan. Nanti hantar alamat kat e-mail saya al-malakian@hotmail.com. Saya hantarkan.
Comment by Administrator — August 12, 2009 @ 11:48 am
OH, Mathnawi? Belum berkesempatan ketemu sama buku tersebut. Bro, kalau boleh aku nak buku al-Tawasin. Sekarang aku tengah memahami pupuh-pupuh dan serat Syeikh Siti Jenar. (ada beberapa perkara yang aku kurang setuju dengan pendapat Syeikh berkenaan)tapi, tak boleh terburu- buru menjatuhkan hukum benar atau salah.
Rumi plak, ada dua buku yang aku pernah baca. (1) FIHI MA FIHI, dan (2) Syair-syair yang ditulis untuk Syam I’ Tabriz (lupa apa tajuk sebenar).
nyway, saya nak juga buku berkenaan - tapi, tunggu fulus ada dulu. ehehe.
Comment by ZH — August 12, 2009 @ 2:18 pm
Zahafiza, boleh kalau nak 2 buku tu. Saya boleh fotostatkan. Hantar je alamat kat email saya.
Comment by Administrator — August 13, 2009 @ 10:34 am